Dua remaja dikhuatiri terlebih makan ketika open house dalam satu kejadian berasingan di sini, semalam apabila minuman yang mereka minum ketika open house bertembung dengan nasik minyak di km 106.5 tali perut masing masing. Mangsa yang dilaporkan tidak parah tetapi dalam keadaan pasrah dan stabil ditempatkan sebgai pesakit luar kerana enggan masuk ke dalam klinik. Pasukan bomber dan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian dan terpaksa mengeluarkan perut mangsa yg tersepit di celah pinggan mangkuk. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada terlebihnya mangsa mengumpat secara rawak terhadap tetamu laen sebelum kejadian berlaku. Admin Superintendan, Encik Muhammad Hafiz enggan mengulas lanjut, tetapi menasihati semua pengguna jalanraya dan pengguna perut supaya berhati-hati di gerai menjelang musim perayaan dan pengguna perut supaya memakan tidak terlalu mengikut hawa nafsu amarah serta tidak memberhentikan kereta di bahu jalan raya untuk membeli lemang. Muhammad Hafiz berkata lagi, "Baki juadah mangsa dituntut oleh mangsa sendiri kira-kira pukul 10.00 malam hari nie" begitu rupanya |
Friday, March 10, 2006
Haa ini bLog!~
Posted by
Kafan
at
5:58 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment