Album Review : Penendang Wanita
Album : BELLIT Judul : Penendang Wanita Edaran : EME Record
Ulasan/Alasan :
Dulu kumpulan ini banyak menimbulkan banyak kontroversi yang mana dikatekan sering makan gula gula getah dan melekatkan di hentian bas serta menconteng bas sekolah dgn kata kata hikmah dan madah. Tapi itu cerita sebelum diorang ni diundang jadi artis rakaman. Sekarang diorang ni baek baek belaka. Yelah dah jadi artis kenalah tunjuk imej bagos kat peminat. Alaaa... gua ni ha tak jadi artis pon best jugak!! Tak payah la gua nak jeles....
Alunan dan gubahan muziknya diserahkan 100 peratos kepada komposer yang tak asing lagi iaitu Lan Lagak an Bob Pilgerams atau dikenali sebagai B.B Karburator. Lirik-lirik yg ditulis menampakkan kesan munasabah di samping perbelanjaan yg tinggi telah dikeluarkan utk kumpulan ini. Kesan khas pt kepulan asap serta letupan yg besar dimasukkan utk mengharukan peminat di samping teman-teman pencinta seni tanah air dan tanah serta air utk dijual.
Dikatakan juga kumpulan ini boleh dpt anugerah Platinum kerana belum dipasarkan pun album ini dah ditempah sebanyak 300,000 unit. So, lu all pun support la geng ni! Cepat sikit budak2 ni kaya raya.Lu dapat ape? Check it out, because lagu-lagunya best belaka terutama lagu Penendang Wanita, Tangan Kau Berkudis Ngeri dan banyak lagi. Okey dude...gua chow dulu! gua akan kembali dgn lebih banyak lagi album yg perlu dihina ! ir ir ir ir
Side A :
1. Penendang Wanita 2. Aww! Nampak Bulu Dadamu 3.Matamu dihinggapi Lalat 4.Ehh! Tak pasal-pasal Aku Mencarut 5. Kau Berduaan Dan Bukan Bertiga 6. Tangan Kau Berkudis Ngeri
Side B :
7. Jari-jariku Berbau Najis 8. Kau Ni Orang Ke Kerbau? 9. Tengkorak Memakan Daun 10.Terludah di Belakangmu 11. Kaki Kau Dimasukkan Besi 12. Pusat Kau Dilihat Orang |
0 comments:
Post a Comment